Perubahan iklim adalah kesan bencana kepupusan besar-besaran

Perubahan iklim yang menyebabkan cuaca yang terlalu panas, di Malaysia sudah mula terasa bahang cuaca yang terlalu panas sehingga ramai yang batuk serta demam.

Pakar-pakar mendakwa bahawa Bumi sedang menuju ke arah bencana kepupusan besar-besaran buat kali keenam, lapor akhbar Daily Star.

5 peristiwa kepupusan berskala besar telah berlaku sejak bumi wujud

Sepanjang sejarah sekitar 4.5 bilion tahun kewujudan planet ini, pakar berkata, terdapat lima peristiwa kepupusan berskala besar yang berlaku setakat ini.

Perubahan iklim adalah kesannya

Keadaan itu dijangka berlaku apabila Bumi mengalami perubahan iklim yang memusnahkannya dengan lebih cepat berbanding dipulihkan.

“Kadar kepupusan semasa adalah kira-kira dua turutan magnitud lebih tinggi daripada kadar kepupusan biasa.

“Perubahan iklim yang dikesan semasa kepupusan besar-besaran dan terakhir ini bukanlah satu-satunya punca.

“Kesan perubahan global lain turut memainkan peranan,” kata seorang profesor di Jabatan Ekologi Universiti Charles di Prague kepada laman berita Live Science.

Sementara itu, seorang profesor emeritus di Jabatan Sains Bumi di Universiti Tohoku di Jepun, Kunio Kaiho menjelaskan bahawa cara Bumi memanas menyebabkan ia hanya memerlukan beberapa darjah suhu untuk dimusnahkan dengan lebih cepat berbanding dipulihkan.

“Peningkatan purata suhu global sebanyak 9 darjah Celsius menjadi elemen penting kepada kepupusan besar-besaran, sejajar dengan pemanasan global,” katanya. – Agensi

Baca Juga: Tak lagi aktif di Facebook, ramai remaja layan TikTok, YouTube

Baca Juga: Bertatu kalimah Bismillahir Rahmanir Raheem, apakah individu India ini sengaja buat provokasi agama?