Pesakit Covid-19 makin kurang, PKRC MAEPS ditutup. Malaysia mula melihat penurunan kes Covid-19 harian sejak memasuki fasa endemik.
Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Zon Wilayah Tengah (PKRC ZWT) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang dijangka ditutup pada bulan ini susulan angka pesakit Covid-19 yang menunjukkan penurunan kes.
Menurut Kosmo, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebagai kesiapsiagaan, dua hospital iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan Hospital Putrajaya akan menyediakan PKRC di situ.
“Pesakit di PKRC ZWT ada tetapi amat berkurangan jadi, akan ditutup pada bulan ini juga. Kita juga sudah siapkan PKRC di HTAR dan Hospital Putrajaya melibatkan 20 katil (di kedua-dua hospital) tetapi masih tidak digunakan kerana pesakit kurang.
“Kalau kita lihat, 99.5 peratus kes dikesan melibatkan kategori satu dan dua manakala, kemasukan kes bagi kategori tiga, empat dan lima amat berkurangan, jadi kita masih ada kemampuan terima pesakit,” katanya.
Penyakit Coronavirus (COVID-19) ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus SARS-CoV-2.
Kebanyakan orang yang jatuh sakit dengan COVID-19 akan mengalami gejala ringan hingga sederhana dan pulih tanpa rawatan khas. Walau bagaimanapun, sesetengahnya akan menjadi sakit teruk dan memerlukan rawatan perubatan.
Baca Juga: Anda boleh buka pelitup muka kecuali di dua tempat ini
Baca Juga: Walaupun huru hara, Aidilfitri ini paling bermakna buat rakyat Malaysia