Sebuah pesawat yang membawa presiden dan empat pemain sebuah kelab bola sepak Brazil terhempas sebentar tadi dalam kejadian di Tocantins.
Jurucakap kelab itu dalam satu kenyataan pada Isnin berkata pesawat malang tersebut tiba-tiba terhempas di hujung landasan ketika sedang berlepas.
Para pemain kelab Palmas itu dalam perjalanan ke Goiania untuk bermain menentang Vila Nova.
Mangsa dikenali sebagai presiden Lucas Meira dan pemain Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari, serta juruterbang.
Punca kemalangan sedang disiasat.