Pesawat berbentuk punggung tarik perhatian, sedia beroperasi menjelang 2023

Pesawat berbentuk punggung tarik perhatian, sedia beroperasi menjelang 2023 dan membawa penumpang menjelang 2025.

Sejak kapal terbang prototaip Airlander 10 terhempas pada tahun 2017, industri penerbangan tertanya-tanya sama ada pesawat revolusioner yang juga dikenali sebagai ‘punggung terbang’ itu bila akan mula beroperasi.

Terkini, dalam kemas kini terbaharunya, pengeluar Hybrid Air Vehicles (HAV) menyatakan bahawa pesawat Zeppelin moden itu kini sedang bersiap untuk beroperasi sepenuhnya.

Syarikat tersebut menjangkakan akan mempunyai tiga buah kapal terbang yang bersedia untuk terbang menjelang 2023 dan membawa penumpang Airlander menjelang 2025.

Penumpang pesawat tersebut bakal menikmati pengalaman seakan berada dalam restoran terbang apabila menaiki pesawat tersebut.

Kabin pesawat berkenaan menawarkan pemandangan panorama pada bahagian bawah pesawat.

Namun begitu, pesawat ini tidak sesuai bagi mereka yang mengejar masa kerana ia akan terbang pada kelajuan sekitar 128.7 kilometer sejam sahaja berbanding pesawat biasa yang terbang pada kelajuan 804 kilometer sejam.

Menurut penyelidikan HAV, kelajuan bukanlah ciri yang paling penting bagi bakal penumpang pesawat kami.

Penumpang juga dapat menjimatkan banyak masa di lapangan terbang dan pdapat menggunakan terminal pop-up sendiri di mana sahaja.

Baca Juga: Tak kisah ditinggal isteri, lelaki rela jadikan buaya sebagai teman hidup

Baca Juga: Guna pakai konsep ‘Bandar Sponge’ sebagai strategi kurangkan risiko bencana banjir

COMMENTS