Peserta ibadah korban ‘naik hantu’ tak dapat bahagian diminta, “Kalau tak bagi 1 helai bulu pun mak cik tak halalkan”

Tukar di laman sosial Facebook berkenaan pengagihan daging korban di sebuah masjid terkenal di Sungai Petani.

Seorang peserta ibadah korban meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap pembahagian korban yang dijalankan oleh pihak masjid.

Dalam hantaran yang dikongsi oleh salah seorang AJK Masjid Madad iaitu Ustaz Yaakub Yusra, seorang wanita telah menyuarakan hasratnya untuk meminta bahagian daging korban meskipun telah diberitahu ia adalah untuk yang layak.

“Ni mak cik nak habaq mak cik nak kaki, nak perut, nak hati, nak paru. Kelmarin kata dalam resit tulis nak daging saja. Hari ini mak cik tulis semua…”

“Kalau tak bagi 1 helai bulu pun mak cik tak halalkan. Bukan berkira tapi tegas pada golongan faham agama. Cakap lain buat lain…”

Ustaz Yaakub turut memberitahu setiap peserta yang mengikuti korban perlu memahami niat asal dalam melakukan ibadah tersebut.

“Dalam akad kita sudah maklum, 1/3 diberikan kepada penama manakala 2/3 diberikan kepada orang ramai. Ingat kami jual kat market ka?…”

“Maka tuan-tuan, kami minta team kami ganti balik, telinga lembu kami bagi balik kat dia, kami bukan nak buat untung. Lepas ni dalam akad tengok bagi elok…”

Baca juga: Tukang urut batin bagi tips penting pada pasangan zina baru kahwin, bimbang jadi 4 perkara ini