Pesuruhjaya PAS Melaka digugurkan selepas 48 jam PN kalah teruk PRN

Pas gugur Kamarudin selaku Pesuruhjaya Pas Melaka. Kira-kira 48 jam selepas kekalahan teruk Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Pas mengumumkan Datuk Kamarudin Sidek tidak lagi menjawat jawatan Pesuruhjaya Pas Melaka.

Calon PN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong itu telah digantikan dengan Ketua Dewan Ulama Pas Melaka, Zulkifli Ismail.

Mungkinkah Kamarudin digugurkan sebagai kebertanggungjawabannya selepas Pas gagal memenangi meskipun satu kerusi.

sumber : Infor Rakyat