Kereta Jaguar milik seorang petani yang terbiar di belakang sebuah reban ayam selama suku abad sehingga dipenuhi karat dan debu dijual pada harga RM576,267.
Kereta keluaran 1958 dibiarkan selama 25 tahun di belakang sebuah membuatkan kereta itu telah diselaputi karat, lapor akhbar The Sun semalam.
Kereta model Jaguar XK150 drophead coupe tersebut dibeli untuk projek baik pulih sekitar 30 tahun lalu.
Namun, kereta vintaj itu terbiar di belakang sebuah reban ayam selama suku abad sehingga dipenuhi karat dan debu, tempat duduk terkoyak serta cat yang sudah lekang.
Nilai kenderaan tersebut ketika ini dianggarkan mencecah £40,000 (RM230,541), namun ia diramal meningkat kepada lebih £100,000 (RM576,267) sekiranya dibaik pulih.
“Kami menerima banyak permintaan bagi kereta ini.
“Ia mengimbas kembali era semasa kejuruteraan British berada di kemuncak industri dan kereta Jaguar menjadi rebutan ramai,” kata pelelong daripada Humbert & Ellis Auctioneers, Jonathan Humbert.
Baca juga: Rakyat Israel lari pergi Russia, sampai airport kena hambat dengan rakyat Russia