Seronoknya tengok pokok hidup dan membuahkan hasil yang cepat dan lebat.
Seperti yang kita ketahui, perkembangan teknologi di Thailand jauh melampaui kemajuan sektor pertanian di negara kita.
Keadaan ini jelas terlihat melalui penggunaan mesin-mesin pertanian di Thailand di mana beberapa daripadanya belum lagi diperkenalkan di negara kita. Namun sudah digunakan secara meluas di sana.
Ada juga pihak yang mendakwa bahawa petani di Thailand sering menggunakan baja dan racun kimia dalam aktiviti pertanian mereka. Namun tahukah anda bahawa sebenarnya banyak petani di sana telah beralih ke penggunaan baja organik yang dihasilkan daripada bahan semula jadi?
Menurut perkongsian dari laman Facebook Pertanian Satu Perniagaan, petani Thailand mempunyai rahsia untuk menghasilkan hormon air kelapa dengan menggunakan telur sebagai vitamin untuk menyuburkan pokok, sehingga pokok tersebut berbunga dan berbuah dengan subur.
Tips pokok berbuah lebat
Bahan-bahan:
- 2 kg kulit telur – dibasuh bersih dan dikeringkan
- 2 kg gula perang
- 1 biji ragi tapai
- 1 botol yakult
- 2 kotak susu segar
- 2 biji air kelapa muda
Cara-caranya:
Giling halus kulit telur dengan menggunakan pengisar kering. Campurkan semua bahan bersama dalam satu bekas.
Biarkan campuran meresap selama 14 hari dan pastikan untuk mengacaukannya sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Setelah tempoh 14 hari, saringkan bahan tersebut untuk mengambil pati air perapan.
Buang daun-daun yang sudah terlalu matang pada pokok yang akan desemburkan. Pastikan anda mengeluarkan daun-daun tersebut sebelum menjalankan kaedah itu.
Campurkan 10 ml pati dengan 20 liter air dan semburkan campuran ini ke permukaan daun seminggu sekali.
Semoga bermanfaat.
Baca juga: Mahmud Jumaat akhirnya dedah sebab sebenar tidak lagi wakili ibu Zayn Rayyan