Petua simple jaga kulit wajah cara Datin Shahidah di rumah, geng suri rumah patut cuba!

Petua yang begitu simple bagaimana mahu jaga kulit wajah cara Datin Shahidah di rumah, geng surirumah patut cuba! Isteri kepada Dato’ Aliff Syukri ini sentiasa tampil elegan dan cantik walaupun mengenakan solekan yang tipis.

Meskipun sibuk menguruskan anak, suami dan kerja rumah Shahidah masih lagi nampak awet muda dan sangat mulus, ibu kepada enam orang anak ini sudah pun berusia 38 tahun.

Nak tahu Datin Shahidah amalkan cara untuk dapatkan kulit sebegitu iaitu dengan melakukan senaman dan sentiasa menjaga penampilan.

Untuk pengetahuan walaupun Datin Shahida adalah suri rumah dan juga usahawan, beliau akan mencari masa untuk menjaga kecantikannya iaitu bersenam.

Baru melahirkan anak yang keenam pada awal tahun ini Shahidah memberitahu yang dirinya sangat menjaga kesihatan badan pada usia 38 tahun.

Dengan cara bersenam secara berkala membuatkan dirinya lebih cergas untuk melakukan kerja di rumah dan juga pejabat.

Apabila bersenam, badan dapat membuang toksin melalui peluh, membakar kalori, mengurangkan stress, melancarkan peredaran darah dan mencantikkan lagi kulit wajah.

Selain itu beliau minta hidangan ulam ulaman dalam setiap makanannya dan tak kiralah apa jenis ulam, ianya memberikan khasiat yang sangat bagus pada badan dan kulit.

Untuk solekan pula dia sangat menyukai untuk mengenakan solekan tipis. Yang biasanya, beliau akan mengenakan powder foundation, blusher dan hanya gincu. Cukup ringkas dan menaikkan serinya.

Tips kecantikan Datin Shahida ini sangat sesuai untuk golongan surirumah. Ingat duduk rumah saja pun kena bersiap, untuk beri keyakinan pada kamu!

Selamat beramal~

Baca juga: Gara-gara pertaruhan wang, dihadapan 300 tetamu, pengantin perempuan nekad tinggalkan suami di majlis kahwin