Pewaris perlu 50 warga Austria untuk agih harta pusaka bernilai RM127 juta

Seorang pewaris perlu 50 warga Austria untuk agih harta pusaka yang diwarisi daripada neneknya bernilai RM127 juta.

Pewaris dari sebuah syarikat farmaseutikal Austria-Jerman, Marlene Engelhorn.

Engelhorn, 31, mewarisi kekayaan dan kuasa, tanpa melakukan apa-apa untuk itu.

“Negara tidak mahu (mengenakan) cukai ke atasnya,” katanya.

Austria memansuhkan cukai harta pusaka pada 2008, salah satu daripada segelintir negara Eropah yang tidak mengenakan cukai harta pusaka dan Engelhorn percaya, itu tidak adil.

Engelhorn adalah pewaris kepada Friedrich Engelhorn iaitu pengasas syarikat kimia dan farmaseutikal Jerman, BASF. Neneknya, Traudl Engelhorn-Vechiatto, meninggal dunia pada September 2022.

Kekayaan Traudl Engelhorn-Vechiatto dianggarkan oleh majalah Forbes pada AS$4.2 bilion (kira-kira RM19.5 bilion).

Engelhorn sudah mengisytiharkan bahawa beliau mahu mengagihkan kira-kira 90 peratus daripada harta yang diwarisinya.

Pada Rabu lalu, 10,000 jemputan menerusi surat secara rawak yang menyasarkan warga Austria namun 50 orang bertuah akan dipilih untuk menggalas tugas untuk menentukan pengagihan harta berkenaan.

“Jika ahli politik tidak menjalankan tugas mereka dan mengagihkan (harta) semula, maka saya perlu mengagihkan semula kekayaan saya sendiri.

“Ramai orang berjuang untuk memenuhi keperluan hidup dengan pekerjaan sepenuh masa dan membayar cukai ke atas setiap euro yang mereka peroleh daripada kerja.

“Saya melihat ini sebagai kegagalan politik, dan jika politik gagal, maka rakyat perlu menanganinya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga: Siapa sangka pagi hutang minyak kereta, wanita ini menang RM4.6 juta dari Four Square pada waktu petang