Pihak lelaki datang seramai 22 orang, duit hantaran dah bagi penuh rupa-rupanya pengantin lelaki kena ‘scam’

Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan tengah hari itulah terjadi kepada rombongan pengantin lelaki yang ditipu oleh pengantin perempuan.

Apabila pengantin lelaki tiba di rumah perempuan seolah-olah rumah itu ditinggalkan, malah langsung tidak ada orang seperti tidak berlaku apa-apa majlis.

Bayangkan kalau kita berhadapa dengan situasi ini sudab tentu di benak fikiran kita bermacam-macam sudah bermain. Rupannya ia memang terjadi seperti apa yang difikirkan.

Ikuti tragedi yang berlaku kepada salah seorang mangsa Nurul Aiman yang menulis di Fecebooknya, malah beliau juga dikatakan telah menanda kepada Jabatan Imigresen Malaysia Johor Baharu supaya diambil tindakan tergadap wanita tersebut. Wanita tersebut dikatakan berkerja di unit beruniform.

Perkongsian yg agak panjang utk di ambil IKTIBAR & PENGAJARAN bersama. Hari ni baru ade masa aku nk post sbb msih terkilan lagi dengan ape yg berlaku..

Aku kenal dgn perempuan ni yg memperkenalkan diri dia dgn nama Nur Hanie Natasya Binti Taufiq Freddy Kong since 2021, kenal punya kenal and dah kenal parents masing2 (aku kenal ayah dia je sbab mak dia dah meninggal).

Dia ni selalu balik Kuching and habiskan cuti kat Kuching (rumah keluarga aku). Kitorang siap bertunang lagi tahun lepas 12/10/2022 (majlis pertunangan di Kuching sbb dia dan ayah dia request, so menumpang majlis kat rumah kakak ipar aku).

Hari yg sptut nya menjadi hari yang paling bahagia untuk aku tetapii jadi MIMPI NGERI . Kitorang sepatutnya melangsungkan MAJLIS AKAD NIKAH pada 10.11.23 & MAJLIS PERSANDINGAN pada 11.11.23 di MATU (Rumah pengantin perempuan)

(09.11.23) , Rombongan kami dari KUCHING berangkat pada jam 6pagi & tiba di DARO pd lebih krg jam 5 ptg. Sampai di daro, kami trus pergi ke homestay yg dh di booking oleh SI PENGANTIN PEREMPUAN utk rombongan kami yg berjumlah 22 org (sebuah van 3 buah kereta).

Then.. terkejut kami bila owner homestay cakap takde apa2 pesanan bilik yg di terima utk tarikh tu . Aku pn call la bekali kali bakal pengantin perempuan tapi TAKDE RESPON .

Disebabkan dah terlalu penat sangat,nak tak nak terpaksa jgak bayar guna duit sendiri utk homestay termasuk perbelanjaan lain yg sepatutnya di uruskan pengantin perempuan.. Bkn main lagi bagitau kat mak aku yg homestay dh diurus semua tinggal nak datang je.

Waktu ni aku dh rase lain macam dh, mcm ada yang tak kena, sbb dia ckp semua dh di urus tapi aku cuba positif thinking lagi . Aku pun ambik masa berehat and siapkan apa yang patut untuk majlis kami keesokkan hari.

(10.11.23) pagi ni kami bergerak ke alamat yang di beri dgn rombongan berserta barang hantaran . Sampai je kat situ dah rasa pelik sbb macam takde apa2 sambutan , KOSONG!! Persiapan majlis langsung takde . Aku cuba la call bakal pengantin perempuan dgn bapak dia, dua2 tak boleh call.

Alamat betul, tapi rumah takde orang. Memang dah agak dah ade sesuatu yg tak kne . Kitorang decide nak pegi rumah jiran sebelah tu. Rupanya tuan rumah sebelah tu mak saudara si pengantin perempuan.

Jadi kitorang bagitau la tujuan datang n tanya pasal pengantin perempuan. Kitorang tnya la samada kenal tak dengan pengantin perempuan tu.. Bertambah geram dan terkejut bila dorang bagitau nama sebenar dia.

(NORMAHAINI BINTI MAHARAM)

Yang lagi parah perempuan tu dah BERKAHWIN dan ada DUA ORANG ANAK. Ayah dia pun bersubahat sekali dlm kes ni , sebab tak jujur dari awal .. Kenapa seorang ayah sanggup biarkan anak dia bertunang dgn aku sdangkn dia sndiri tau anak dia tu bini orang.

Memang speechless kecewa, marah, sedih semua ada, tak mmpu dh aku nak cakap apa masa tu. Dengan kos kerugian persiapan perkahwinan lagi.. duit hantaran dh di bagi jgak.. maruah kluarga aku lagi.. MANA NAK LETAK !!

Sbab kitorang datang dpd jauh n rasa tertipu. Aku dgn fmily decide pegi balai polis dulu untuk buat report. Sekarang ni pn aku gagahkn diri utk type bnde ni sbb mmg aku tak sangka jd mcm ni.. NORMAHAINI BINTI MAHARAM.

Kau dah memalukan aku dgn keluarga aku. Kau tu kerja BADAN BERUNIFORM tapi kenapa perangai kau tak mcm baju yang kau pakai tu ?! Kau dah mencemar dan merosakkan imej Jabatan Imigresen Malaysia.

MOHON Jabatan Imigresen Malaysia, Komplek KDN Setia Tropika, Johor Bahru. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor untuk ambik tindakan yg tegas terhadap anggota ni.

Takkan nak simpan anggota yang bermasalah macam ni. Kami sekeluarga pun dia berani tipu apa lagi dalam jabatan. Harap ada tindakan yg tegas diambil ke atas anggota bernama NORMAHAINI BINTI MAHARAM… ape pun.. SEE YOU IN COURT

*banyak lagi benda yang dia tipu tapi tak mampu nak tulis panjang kat sini.

Baca juga: Selepas Starbucks, kini Burger King pula ditutup lebih 400 lokasi