Memilih pekerja wanita dengan syarat memilki payudara saiz D sebuah restoran dikecam hebat pengguna media sosial.
Iklan tersebut dikatakan mencari pekerja sambilan sambil mengkhususkan buat wanita yang memiliki cup payudara bersaiz D di New Zealand.
Restoran seharusnya memiliki etika perniagaan yang tinggi apatah lagi yang ke sana bukan hanya orang bujang malah keluarga juga mungkin berkungjung. Ia pastinya akan menimbulkan ketidaksenangan bukan hanya untuk pekerja sambilan itu tetapi juga orang ramai.
Gambar tersebut telah dikongsi di Twitter oleh Jack Kevorkian telah menimbulkan kemarahan netizen. Ia memaparkan gambar risalah dengan keperluan yang pelik.
Iklan itu dikeluarkan oleh Stumpers Bar and Cafe di Hokitika, New Zealand lapor akhbar New York Post, semalam.
“DIKEHENDAKI: Kakitangan bar sambilan diperlukan. Pemohon mesti mempunyai payudara Saiz D, senyuman menawan dan ceria” kata iklan pekerjaan itu.
“Tetapi, Lelaki Juga Boleh Memohon,” tambah tulisan iklan tersebut.
Netizen yang berang telah membanjiri ruangan komen dengan reaksi marah mereka.
“Bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi petunjuk jelas anda akan diganggu pelanggan setiap hari,” tulis seorang pengguna.
Baca juga: Lamborghini eksiden remuk teruk, hentam 6 buah kereta di PLUS tapi netizen pula perasaan benda lain