Pingat emas Olimpik tahun 1908 dibuat dari 100% emas, nilai RM400K satu

Baru-baru ini dunia sukan dalam Olimpik Paris 2024 bergegar seketika apabila seorang atelet dari Amerika Syarikat mendedahkan kualiti teruk pingat emas yang dimenanginya. Ini berikutan apabila atlet itu menunjukkan keadaa pingatnya yang sudah pudar selepas beberapa hari.

Sebuah laporan berita juga mendedahkan bahan-bahan sebenar untuk membuat satu pingat emas. Pingat tersebut sebenarnya diperbuat daripada perak tulen yang permukaannya disadurkan dengan emas melebihi 6 gram sahaja.

Setiap pingat mempunyai diameter 85 mm dan ketebalan dari 7.7 mm sehingga 12.1 mm. Pingat emas perlu mempunyai berat diantara 450 gram hingga 800 gram.

Hari ini tular gambar sebenar pingat emas olimpik yang diberi penganjur semasa tahun 1908.

Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun sekali. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis  bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia.

Pada tahun 1908, sukan Olimpik diadakan di London. Pingat emas semasa zaman ini ada sepenuhnya emas 100%. Bukan 1% seperti sekarang. Ini menunjukkan olimpik pada zaman itu benar-benar meraikan dan menghargai pemenangnya.

Emas bernilai $5,000 pada tahun 1908 berbanding logam bernilai $1,500 (kebanyakannya perak) pada tahun 2024. Jika pingat 2024 adalah emas padu, ia akan mengandungi emas bernilai $70,000 kerana ia lebih besar daripada tahun 1908.

Baca: Ada negara yang muflis selepas anjur Olimpik, ini jumlah kos yang terpaksa negara tanggung buat Olimpik