Kes varian Omicron yang dilaporkan semakin meningkat sekaligus melahirkan kegusaran dalam kalangan orang ramai sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.
Di laman sosial, orang ramai mula meluahkan kebimbangan jika terpaksa berdepan dengan sekatan penuh seperti yang berlaku sebelum ini.
Ramai yang mula menzahirkan rasa pasrah dan reda jika terpaksa menyambut Aidilfitri sekali lagi di perantauan atau secara bersendirian.
“Memang tidak menyimpan harapan untuk beraya macam dahulu sebab dah dua kali beraya seorang diri, terima dengan rela hati,” luah Lyza Emyza.
“Macam biasa, tapi pelik juga kenapa masa raya mesti hendak dikenakan PKP,” ujar Nur Amira.
Omicron merupakan varian terbaharu Covid-19 yang diumumkan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) dan diklasifikasi sebagai variant of concern (VoC) sejak 19 November lalu.
Setakat ini, sebanyak 245 kes varian Omicron iaitu 233 kes jangkitan import dan 12 kes penularan tempatan direkodkan.
-info rakyat-