Plastik sampah berharga RM7,997? Rekaan Balenciaga dianggap biadap

Plastik atau beg sampah dari jenama mewah Balenciaga yang dijual dengan harga RM7,977 dianggap satu rekaan yang sangat biadap.

“Ini adalah rekaan yang sangat biadap,” tulis seorang pengguna media sosial.

Pengguna lain yang tidak terhibur dengan reka bentuk beg sampah itu memberi amaran agar orang ramai tidak tertipu dengan strategi pemasaran yang dilakukan Balenciaga.

‘Beg sampah’ itu kini tular ekoran hantaran Instagram yang telah mendapat banyak reaksi daripada masyarakat bermula dengan ada yang kehairanan, marah dan ketawa.

Akhbar New York Post melaporkan Jenama fesyen mewah, Balenciaga melancarkan koleksi terbaharunya berupa ‘beg sampah’ berharga AS$1,790 (RM7,977).

Beg cerut berkilat yang menyerupai plastik sampah murah itu diperbuat daripada kulit anak lembu, dihiasi dengan logo halus dan didatangkan dalam empat warna iaitu hitam, kuning, putih dan biru.

Ia adalah sebahagian daripada koleksi sedia pakai atau Ready To Wear (RTW) musim luruh yang dipamerkan pada pertunjukan fesyen Paris, Mac lalu.

“Saya tidak boleh melepaskan peluang untuk membuat beg sampah paling mahal di dunia, kerana siapa yang tidak suka dengan skandal fesyen?” kata Pengarah Kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia.

Baca juga:

Sanggup bagi isteri duit haram, penganggur ditahan selepas samun kedai

Baca juga:

10 tahun tunggu jalan dibaiki, lelaki sindir kerajaan pancing di lubang jalan raya