Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersiaran langsung pada malam ini untuk menyampaikan Perutusan Negara pada jam 9 malam tepat.
Beliau dikatakan akan menyentuh segala aspek baik dalaman serta luar negara kepada seluruh rakyat Malaysia yang bakal menonton malam ini.
Siaran langsung tersebut akan bersiaran secara percuma menerusi seluruh saluran televisyen serta media sosial yang ada di negara ini.
“Ruang ini akan saya manfaatkan untuk menerang serta mencerahkan mengenai pelbagai isu dalam dan juga luar negara.
“Mohon rakan-rakan ikut serta, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri menerusi laman sosial rasminya hari ini.
Baca juga: Ebit Lew tidak berbaju, buat panggilan video pukul 3.40 pagi