PM tolak pengeluaran I-Citra, Asyraf kata jangan dengar nasihat Tengku Zafrul!

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Berikut merupakan respon Asyaf Wajdi yang juga Ketua Pemuda Umno selepas Ismail Sabri tegas menolak pengeluaran I-citra 2 seperti yang diperjuangkan selama ini.

Ini catatan di Facebooknya :-

▪️Dengarlah rintihan rakyat, usahlah dengar nasihat Tengku Zafrul Menteri Kewangan.

▪️Alasan yang diberikan untuk menafikan pengeluaran KWSP sama sahaja dengan alasan waktu kami bersemuka dengan Menteri Kewangan apabila beliau mempertahankan pendirian untuk tidak membenarkannya waktu PKP 1.0 lagi.

▪️Bantuan RM1,000 tidak mencukupi terutamanya bagi mereka yang mengalami musibah banjir. Apatah lagi jika nak bergantung kepada pendekatan memberikan pinjaman.

▪️Pemuda UMNO telah cuba sedaya mampu melalui pelbagai cara membawa suara rakyat termasuklah bertemu sendiri dengan CEO KWSP, Menteri Kewangan bahkan PM sendiri.

▪️Harap-harap lah ini bukan keputusan akhir PM & Menteri Kewangan. Dengar lah rintihan rakyat yang mahukan bantuan i-Citra ini, lebih-lebih lagi terlalu ramai yang mahu kembali memulakan kehidupan dan perniagaan akibat terkesan dengan musibah yang melanda.