Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah yang bermula dari Tahun 4, seluruh pelajar sekolah menengah serta institusi pendidikan tinggi(IPT).
Anwar turut mengumumkan baucar tersebut boleh terus digunakan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 bermula jam 2 petang, Jumaat.
“Kerajaan boleh teruskan dengan (pemberian) baucar RM100 itu dan untuk tahun ini, kita mulakan dari (murid) Tahun 4 dan ke atas bagi mengurangkan tekanan kepada kewangan kerajaan.
“Kita akan beri panduan (jenis) buku termasuk novel klasik (seperti) hikayat Hang Tuah, novel oleh sasterawan terkemuka dan sebagainya,” katanya ketika berucap merasmikan PBAKL 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis.
Baca juga: TLDM dedah rakaman video insiden helikopter sebelum nahas, akhirnya terjawab puncanya