Polis buru Cikgu memandu buka zip seluar tunjuk kemaluan depan pelajarnya

Polis buru Cikgu memandu buka zip seluar tunjuk kemaluan depan pelajarnya

Polis memburu seorang guru atau tenaga pengajar sebuah institut memandu di sini yang disyaki menunjukkan kemaluannya kepada pelajar wanita di dalam sebuah kereta di Kampung Saring di sini semalam.

Suspek yang berusia 40 tahun dipercayai melarikan diri selepas mangsa yang merupakan seorang peniaga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Suprintendan Mohd. Azmir Damiri berkata, berdasarkan keterangan mangsa, kejadian dipercayai berlaku petang semalam ketika mangsa yang berusia 27 tahun bersama suspek di dalam kereta jenis Perodua Viva selepas menghantar pelajar lain apabila selesai ujian memandu di Bachok.

Menurutnya, hanya tinggal suspek yang memandu kereta dan mangsa berada di tempat duduk penumpang hadapan untuk menghantar wanita itu pulang ke rumahnya.

“Sewaktu dalam perjalanan menghantar mangsa, suspek dikatakan telah membuka zip seluar sebelum mengeluarkan kemaluannya. Terkejut dengan situasi itu, mangsa terus menghubungi ibu saudara agar segera mengambilnya.

“Mangsa juga mengarahkan suspek memberhentikan kereta, namun tidak diendahkan sehingga memaksa wanita itu bertindak membuka pintu sewaktu kereta ketika sedang bergerak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Azmir, suspek akhirnya memberhentikan kereta sebelum mangsa keluar dan melarikan diri ke kawasan rumah penduduk setempat untuk meminta bantuan.

“Sehubungan dengan itu, polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

sumber : https://www.kosmo.com.my/2021/10/18/polis-buru-cikgu-sekolah-memandu-tunjuk-kemaluan/

COMMENTS