Khabar mengenai proses siasatan yang dijalankan pada hari ini dikawal ketat akhirnya terjawab.
Ia berikutan ibu Zayn Rayyan dibawa ke lokasi untuk melakonkan semula babak kehilangan anaknya sehinggalah mayatnya di temui di lokasi berbeza.
Seawal jam 10 pagi, sekumpulan pihak polis mengawal ketat dan melakukan sekatan laluan menuju ke blok R.
Namun begitu, pihak media dihalang untuk ke lokasi dan ditempatkan di wakaf berbumbung manakala pergerakan penduduk pula dikawal sepenuhnya.
Pada masa sama pasukan siasatan terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, menjalankan proses lakonan semula.
Polis turut membawa sebuah patung yang dipercayai untuk menggantikan kanak-kanak malang itu ketika melakonkan proses tersebut.
Baca juga: Melopong tengok harga roti Gardenia tahun 2003, netizen kata “penemuan bersejarah”