Polis tahan pemuda rogol nenek usia 60 tahun

Polis tahan pemuda rogol nenek usia 60 tahun

Polis menahan seorang pemuda selepas disyaki memperkosa wanita berusia 60 tahun di Mauk, Tangerang, Banten, Indonesia.

Detik.com melaporkan, suspek berusia 23 tahun itu ditahan sehari selepas dia melakukan perbuatan terkutuk itu.

Ketua Polis Mauk, Rustantyo berkata, insiden itu berlaku pada 18 Jun lalu di rumah mangsa.

“Kejadian berlaku ketika anak mangsa bernama Rasinan tiada di rumah rumah.

“Sebaik pulang, Rasinan berasa curiga dan terus memeriksa rumah sebelum mendapati ibunya tidak memakai seluar,” katanya.

Menurut Rustantyo, siasatan dijalankan mendapati suspek adalah jiran kepada mangsa.

Katanya, suspek mengakui terlanjur melakukan perbuatan itu.

“Ya, suspek adalah jiran mangsa,” katanya

Polis sudah mengumpul bahan bukti hasil pemeriksaan di lokasi kejadian.

Siasatan terhadap suspek pula masih diteruskan bagi mendapatkan maklumat berhubung insiden berkenaan.

sumber : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/06/720318/lelaki-perkosa-nenek-60-tahun

COMMENTS