Seorang anggota polis menembak seorang penghantar makanan yang tidak bersenjata dalam sebuah pusat beli belah di Bangkok.
Timbalan Inspektor Trafik, Phantae Buawichaisin menembak kaki kiri Arkorn Yuenyong, 27 di wilayah Pathum Thani, Thailand.
Kejadian tersebut berlaku disebabkan keengganan Arkorn untuk menanggalkan topi keledarnya yang dipakai di dalam bangunan tersebut.
Arahan tersebut dikeluarkan untuk menjaga keselamatan bank serta kedai emas pusat beli belah tersebut dari dirompak oleh individu yang menyembunyikan identiti dengan memakai topi keledar.
Rakan sekerja Arkorn, Sakkarin Chato, memberitahu bahawa mangsa memakai topi keledar di dalam pusat beli-belah itu hampir setiap hari untuk memasukkan wang di mesin deposit tunai automatik.
Disebabkan jadual yang terlalu padat mereka tidak dapat menanggalkan topi keledar kerana perlu mengejar masa.
Pada hari kejadian, dia dan Arkorn ke Siam Commercial Bank (SCB) di pusat beli belah tersebut dan disapa oleh seorang pegawai polis supaya menanggalkan topi keledar namun enggan menuruti arahan polis.
Dia dibawa ke hospital oleh petugas kecemasan dan motosikal tanpa nombor pendaftaran miliknya ditinggalkan di hadapan bangunan tersebut.
Baca juga: Bawak lori sampah tapi gaji RM546,600, wanita ini kongsi rahsia yang ramai taktahu..