Kim Ye-ji merupakan seorang atlet menembak yang pernah mengharumkan nama negaranya susulan kejayaannya di Sukan Olimpik Paris 2024.
Atlet tersebut turut mendedahkan disebabkan kejayaannya itu, dia turut ditawar menjadi pembunuh upahan oleh seseorang.
Pembunuh upahan yang dimaksudkan adalah sebagai pelakon yang melakonkan watak tersebut dalam sebuah siri drama terbaru.
Seperti yang diumumkan oleh jurucakap firma hiburan Asia Lab dari Seoul pada hari Jumaat. Siri bertajuk ‘Crush’ dijangka menampilkan Kim dalam watak yang bakal memikat hati penonton di seluruh dunia.
Kim Ye-ji menjadi perbualan hangat selepas aksi tenang dan penuh keyakinan beliau dalam acara menembak 10m air pistol wanita berjaya menghadiahkan pingat perak.
Penampilan bersahajanya bukan sahaja memukau para peminat sukan, tetapi juga mengukir namanya sebagai salah satu bintang baharu di arena sukan antarabangsa.
Baca juga: Tular wanita Palestin didakwa buat kecoh, siap baling selipar pada pengawal!