Pelbagai idea dan rancangan dibuat untuk meraikan hari lahir seseorang lebih-lebih lagi jika orang itu merupakan insan tersayang.
Baru-baru ini seorang pengguna Facebook Farid Sharif telah memuat naik sekeping gambar isterinya dengan kapsyen “Happy Birthday to My Wife. Sempena hari jadi isteri saya hari ini, sebagai tanda penghargaan saya akan bagi RM1 bagi setiap satu like post ini.
Pada awalnya dia membuat posting berkenaan hanya sekadar suka-suka dan tidak menyangka post itu akan meraih perhatian.
Posting berkenaan menjadi viral dah meraih lebih 14k likes dengan jumlah jika dikira RM14,000.
Menurutnya, setiap tahun dia memang sudah ada rancangan untuk ulangtahun isterinya itu cuma tahun ini sahaja dia mencuba suatu kelainan. Melihatkan jumlah rakan dia dan isteri di Facebook dia hanya menganggarkan mungkin hanya meraih 2k like sahaja maksimum.
Dia yang cuak terus membuang posting berkenaan. Selepas itu, dia tampil memberi penjelasan yang mereka suami isteri sudah berbincang memandangkan isterinya juga memahami keadaan kewangan suaminya itu.
Hadiah hari jadi untuk isterinya juga biarlah menjadi rahsia antara mereka.
“Doakan yang baik-baik untuk kami suami isteri. Moga diluaskan rezeki dan bertambah bahagia. Anda pun sama,” tulisnya.
Baca juga: UAI dedah haram hukumnya anak dara tidur dengan patung- “Malaikat rahmat tak masuk rumah”