Tular sebuah poster pertandingan buku skrap yang memaparkan tiga pejuang komunis di media sosial Facebook pada beberapa hari ini.
Ramai yang berang kerana bulan kemerdekaan negara dicemari oleh pejuang komunis yang rata-ratanya bersikap kejam kepada pejuang serta rakyat negara ini.
Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Datuk Abdul Said Hussain mengakui ia adalah kesilapan gurunya yang menghasilkan poster terbabit untuk digunakan dalam pertandingan.
“Guru tersebut sudah mohon maaf atas kesilapan yang amat mengecewakan petang semalam (Jumaat) dan saya sedang tunggu laporan untuk dihantar ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya ringkas ketika dihubungi di sini.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mahukan hukuman berat dijatuhkan ke atas guru tersebut disebabkan kebiadabannya dalam menghasilkan poster yang sebegitu rupa hingga menghina pejuang-pejuang tempatan.
Tidak kurang juga yang mahukan guru dikenali dengan nama Afiza itu disiasat latar belakangnya serta parti politik yang dinaungi untuk mengelakkan perkara begitu berulang lagi.
Baca juga: Duit RM60,000 bertebaran di Jalan Kota Bharu, ini rupanya identiti sebenar lelaki ‘pemurah’ ini