Posting Gadis cantik dari Umno ini supaya buang Ismail Sabri dari UMNO tarik perhatian

UMNO HARUS PANTAS. CABUT DURI DALAM DAGING

Siaran khusus untuk Presiden UMNO dan MKT UMNO.

Zahid Hamidi
The Ahmad Maslan

Jarang2 sekali saya bercakap dari sudut permainan politik parti memandangkan saya hanyalah Ahli UMNO biasa yang tidak aktif. Namun, melihatkan langkah-langkah yang diorak oleh Naib Presiden UMNO dan maruah parti yang diinjak-injak tanpa henti tapi tiada tindakan lansung yang diambil.

Maka, saya rasa harus saya tekankan kepada MKT UMNO supaya perkara ini diambil serius dan memgambil peluang ini untuk membersihkan UMNO. Tindakan harus diambil. Jangan asyik keluar surat yang sama sahaja semata-mata.

Sudah tiba masanya, UMNO mengambil pendekatan TEGAS sekiranya UMNO tidak ingin kehilangan undi Ahli2 dan Penyokong2 UMNO yang setia.

Lebih kurang 23 MP UMNO yang pro PPBM yang ingkar keputusan MKT untuk tidak memberi sokongan pada Perdana Menteri, dan kepada Kerajaan PN WAJIB digugurkan dari parti UMNO.

Mereka ini jelasnya berpaksikan kepada PPBM kerana sehingga di saat-saat akhir mereka ini tampil berdiri sebaris dengan Mahiaddin sehingga Mahiaddin meletak jawatan, yang secara lansung memperlekehkan keputusan MKT UMNO dan Presiden UMNO. Bayangkan sekiranya pelawaan Mahiaddin disambut Anwar Ibrahim, PKR, adakah kita akan menyaksikan mereka ini melepaskan jawatan atau menuruti keputusan parti UMNO?

Jelas, hati mereka tiada dengan Parti UMNO. Begitu tegar memalukan UMNO dengan tindakan mengkhianati keputusan parti secara terang-terangan.

Inilah masanya untuk membuang mereka yang berpotensi menjadi katak-katak, fosil2, dan gantikan dengan muka-muka baru yang sememangnya ramai yang berkelayakan dalam parti UMNO ini.

Dalam pada masa yang sama harus diingat, mereka jugalah yang pernah berada dalam kabinet PN dan membiarkan UMNO diserang dengan menggunakan ROS selepas mereka gagal mendesak Presiden untuk mengadakan PAU. Mereka ini kekal senyap, tidak bersuara sedangkan kita tahu, bukan Parti UMNO sahaja yang menangguhkan mesyuarat Agong.

Secara tidak lansung, sukar untuk kita menolak bahawa mereka ini telah merelakan diri menjadi alat untuk menghancurkan UMNO.

Dan hari ini mereka duduk sebaris dengan kabinet yang hampir sama dengan kabinet yang lalu.

Dan harus diingat, ada di antara MP2 UMNO ini yang sibuk menjaja idea jajaran baru secara bersistematik untuk memporak perandakan parti UMNO walaupun berkali-kali ditekankan oleh Presiden; No Anwar, No DAP. Dan hari ini, dia diangkat menjadi Menteri Komunikasi.

Berkali2 kita saksikan bagaimana MP2 UMNO, berselindung dengan menjaja buruk presiden dari tuduhan tiada visi, sehinggalah idea jajaran baru UMNO bersama Anwar dan DAP.

Dan kelmarin, terbukti sekali lagi Naib Presiden UMNOlah yang membelakangi pendirian UMNO dengan “No DAP, No Anwar” apabila membuat pertemuan khas untuk mencapai persetujuan bersama mereka ini. Sekali lagi, mencalit arang dengan pendirian yang dilaungkan ketika PAU 2020 dan yang ditekankan berkali2 oleh Presiden – No DAP, No Anwar.

Nampak gayanya, mereka ini memang dikhususkan untuk kekal berada dalam UMNO untuk memporak perandakan UMNO, menghancurkan UMNO.

Di sini, sukar untuk menolak akan kemungkinan adanya tangan-tangan ghaib yang berada di belakang mereka ini yang mengokestrakan lakonan-lakonan mereka hari ini.

Tetapi yang pasti, di antara MP2 UMNO hari ini, ada dua blok yang berbeza.

Pertama, blok MP2 UMNO yang berpegang teguh dengan keputusan PAU 2020 dan juga keputusan MKT.

Kedua, blok MP2 UMNO yang mengingkari keputusan PAU 2020 dan merujuk Presiden PPBM untuk menentukan arah tuju dan kemudian sekali lagi mereka mengingkari keputusan MKT menarik sokongan kepada Mahiaddin dan kerajaan Perikatan Nasional.

Hari ini, kita melihat kabinet yang hampir tiada beza formasinya berbanding dengan kabinet Presiden PPBM, Mahiaddin yang terdahulu.

Dan ingat, sebelum disahkan sebagai Perdana Menteri, DS Ismail Sabri berjumpa dengan Tun Mahathir Mohamad dan ini cukup untuk kita timbulkan persoalan.

Kenapa DSIS berjumpa dengan Tun Mahathir sedangkan TM merupakan punca kejatuhan UMNO/BN dengan kempen fitnahnya, malahan Tun Mahathir juga lah yang menyuruh Presiden UMNO DS Zahid untuk membubarkan parti UMNO pada November 2018?

Di mana setelah itu, kita menyaksikan episod2 mahkamah selepas DS Zahid memilih untuk ingkar arahan Tun Mahathir.

Secara logiknya, mana mungkin tidak ada satu kes pun yang boleh dipalitkan kepada MP2 UMNO yang berdiri teguh bersama Mahiaddin ni sekiranya duit yayasan yang dibayar kembali, derma yang dipulangkan pun boleh dijadikan modal kes mahkamah. Fikirkanlah.

Di sini, akar umbi harus menuntut supaya tindakan TEGAS dimuktamadkan kepada MP2 UMNO yang berkali2 membelot, ingkar kepada keputusan parti kerana harus kita sedar, permainan PPBM tidak akan terhenti selagi UMNO tidak hancur.

UMNO wajib membuang penderhaka2 ini sekiranya ingin parti UMNO kekal relevan di mata penyokong-penyokongnya. Kerana penyokong2 UMNO yang setia sememangnya sedar, hancurnya kestabilan politik selama 22 bulan, 17 bulan dan sehingga hari ini adalah kerana fitnah yang dijaja oleh Parti PPBM, oleh Tun Mahathir dan DS Mahiaddin.

UMNO harus pastikan mereka ini yang tidak henti2 membelakangi keputusan parti UMNO tidak dapat berada dalam UMNO saat PAU dilaksanakan kerana pastinya sudah jelas terbukti mereka ini membawa agenda PPBM.

Sudah berulang2 kali mereka ini mengabaikan keputusan parti sejak dari PAU 2020, sehinggalah ke saat2 akhir hayat kerajaan PN.

Tidak mustahil sekiranya parti UMNO akan terus ditekan melalui ROS.

Tidak mustahil sekiranya mereka ini cuba menjayakan agenda PPBM menjatuhkan dan seterusnya menggantikan parti UMNO dengan mencari jalan untuk memegang parti melalui pemilihan parti kelak.

Hentikan permainan mereka ini sebelum terlambat.
Gugurkan mereka sebelum terlambat.

Biarkan mereka meneruskan “perjuangan poket rakyat” mereka di bawah payung Bebas, atau selayaknya dengan PPBM bersama Mahiaddin.

Menggugurkan mereka ini satu-satunya cara untuk UMNO pastikan pemimpin seperti Tok Mat dapat dinaikkan, Johari Ghani dapat beraksi kembali, pemimpin yang lebih muda seperti Isham Jalil, seperti Shahril Hamdan, Asyraf Wajdi Dusuki dapat diketengahkan.

Sememangnya banyak lagi di dalam parti UMNO yang berkelayakan untuk dinaikkan, untuk dijadikan pelapis akan datang.
Jadi, inilah peluang UMNO untuk membersihkan parti dan membuat “comeback”.

Tidak dinafikan, sememangnya jauh perjalanan UMNO selepas ini tetapi biarlah perjalanan itu berada di landasan yang betul, dengan pemimpin2 yang berpegang pada prinsip kepartian.

UMNO tidak perlu menang kesemua kerusi2 pada PRU15, tetapi UMNO WAJIB mengembalikan keyakinan penyokong2nya!

Jangan sampai parti UMNO jatuh tersungkur dek kerana mengabaikan tanda demi tanda akan keingkaran mereka ini.

Jangan sampai parti UMNO hilang sokongan penyokong2 setianya yang SEDAR akan peranan PPBM dalam fitnah besar2an dan menjatuhkan UMNO pada PRU14.

Ingat, yang anda kena kekalkan adalah sokongan2 mereka yang mengundi dan KEKAL PERCAYA DAN YAKIN kepada parti UMNO pada PRU14.

Jangan perjudikan kepercayaan mereka ini dengan membiarkan sahaja mereka menonton kakunya MKT UMNO bertindak.

Diharap UMNO beringat-ingat seperti peribahasa orang Melayu dahulu kala:
“Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat.”

Jadi, mohon keluar dari zon selamat.

Saya Nur Zaini, ahli UMNO Cawangan Bukit Subang U16 yang kekal menyokong setia taktala UMNO dilanda badai fitnah.

sumber :