PPIM didakwa sokong guru sesat, amal ajaran bercanggah islam dalam diam

Beberapa hari ini tular di laman sosial berkenaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang didakwa menyokong guru sesat iaitu Dr Izham Nayan.

Melalui sebuah laman facebook PUKAS Malaysia, akaun ini mendakwa Nadzim Johan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat kenyataan menyokong Global Ikhwan Services & Business Berhad (GISB) Holdings dan menuduh pihak lain sebagai musuh.

Ia kerana dikatakan Global Ikhwan Services & Business Berhad (GISB) Holdings menganiaya ramai umat islam serta kanak-kanak dalam meminta sumbangan serta sindiket rumah amal.

Manakala guru yang menggunakan ajaran sesat untuk mengubati ramai umat islam dikenali dengan nama Dr Izham Nayan yang juga menjawat jawatan sebagai Pengarah Latihan PPIM.

Selain silat, Izham Nayan turut mengajar ilmu batin yang jelas bercanggahan dengan ajaran Islam seperti:

1) Hipnosis (pukau)

2) Ilmu kebal

3) Metafizik

4) Kuasa minda

5) Aura tenaga dalam

6) Pengisian tenaga

7) Meraga sukma (roh travel)

8) Jurus jarak jauh

9) Gerak jiwa ilham

10) Ajian lembu sekilan (ajaran batin pasak bumi)

11) Menarik Sukmaraga

12) Pengasihan (ilmu pengasih)

13) Scanning Cahaya

14) Scanning Minda

Tidak terhenti di situ, pengajar tersebut turut meminta beberapa aktivis PPIM membaca bacaan lalu diuji berjalan atas api, meletakkan besi panas di lidah, mengunyah kaca dan banyak lagi yang sememangnya bercanggah dengan ajaran islam.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang meminta persatuan ini dipantau oleh penguatkuasa supaya ajaran sesat tidak akan merebak dalam kalangan umat islam yanag lain.

Baca juga: Pernah didakwa hina agama Islam pada 2018, Teresa Kok bakal saman Jakim?