Premis tawar khidmat tampar pelanggan, ramai teruja mahu cuba pengalaman luar biasa

Sebuah restoran di Nagoya, Jepun, mendapat kritikan dari pengguna media sosial setelah menawarkan perkhidmatan menampar wajah pelanggan dengan harga 500 yen (RM15.82) untuk setiap tamparan

Tidak seperti restoran biasa, Shachihoko-ya menawarkan perkhidmatan yang unik yang menarik perhatian pelanggan.

Restoran ini membolehkan pelanggan merasai pengalaman yang tidak biasa dengan ditampar oleh pelayan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang diberikan.

Keunikan ini telah menarik kedatangan ramai pelanggan yang ingin mengalami sendiri pengalaman unik ini di Shachihoko-ya.

Pada awal perkhidmatan ini diperkenalkan, hanya seorang pelayan yang melaksanakan kerja tersebut.

Walau bagaimanapun, beberapa pekerja wanita tambahan kemudiannya diambil bekerja, dan bayaran untuk perkhidmatan ini mula dikenakan pada harga 100 yen (RM3.17) sekali tamparan.

“Lebih kuat mereka ditampar, pelanggan menjadi lebih seronok. Pelanggan tidak marah, sebaliknya kelihatan lebih bertenang selepas ditampar,” kata laporan oleh laman berita Liberty Times Net.

Baca juga: “Abah tiap kali subuh ke masjid, kopiah tak tanggal kat kepala tapi perangai kaki janda tak pernah berubah”