Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dijangka akan meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 24 Ogos ini.
Mesyuarat yang diadakan menjelaskan perletakan jawatan itu seiring dengan sukan Olimpik Paris 2024 bakal tamat pada 11 Ogos ini.
Norza yang memegang tampuk pemerintahan BAM sejak 2017 kerap kali ingin meletakkan jawatan namun dihalang oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
“Saya masih ingat semasa saya kata nak lepaskan jawatan, terus terang saya katakan, banyak aktiviti politik dalam persatuan. Saya akan tinggalkan lebih awal sebelum penggal tamat pada 2025. Demi mengekalkan kestabilan dan mengukuhkan apa yang kita ada pada masa ini, semua orang menerima bahawa perlu dipilih calon dalaman (sebagai pemangku Presiden).
Sebelum ini, nama Norza dikritik apabila dilihat membawa ahli keluarganya ke Olimpik Paris yang didakwa menggunakan kad akreditasi atlet hingga ada atlet yang tidak dapat membawa jurulatihnya bersama ke acara sukan antarabangsa itu.
Namun, Presiden MOM itu menegaskan kad akreditasi keluarganya diberikan oleh penganjur dimana dia boleh membawa tetamu sendiri untuk acara tersebut.
Baca juga: Ramai taktahu ini antara insentif seumur hidup untuk pemenang pingat Olimpik, lumayan habis!