NGO Palestin biasanya dikaitkan dengan kutipan derma untuk membantu negara bergolak berkenaan. Semalam, negara dikejutkan dengan berita penangkapan Presiden sebuah NGO berkait dengan kutipan derma di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.
memetik dari harian metro, menurut sumber, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tekah bertindak menahan pasangan itu kerana disyki berduaan dalam bilik hotel.
Menurut sumber pihak berkuasa juga, lelaki berusia lingkungan 40-an itu yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, aktif mengutip derma bagi mengisi tabung Palestin menerusi badan bukan kerajaan (NGO) miliknya, antara enam ke lapan tahun lalu.
Katanya, “Dia ditahan sepasukan pegawai Jawi ketika sedang berdua-duaan dengan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an.
“Wanita terbabit yang juga ahli aktif NGO sama dilihat terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan, sebelum lelaki tiba kira-kira 2 petang.
“Pasukan penguat kuasa Jawi pula masuk membuat pemeriksaan di bilik terbabit pada 4.45 petang,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Menurutnya, ketika pemeriksaan, lelaki berkenaan cuba melarikan diri dan memberikan alasan bertemu wanita itu untuk memberi barang kepadanya.
Bagaimanapun, sumber itu berkata, cubaannya gagal dan ditahan pegawai Jawi.
“Lelaki terbabit pernah berkongsi pentas forum berhubung konflik di Palestin bersama seorang duta dari negara di Timur Tengah.
“Lelaki itu juga merupakan antara individu yang lantang bersuara di media sosial dan media massa berhubung isu peperangan Palestin-Israel,” katanya.
sumber: Dr Say menggigil tengok maid bawak dua lelaki masuk rumah, “Saya dan bini ada dekat atas”