PRK Kemaman, mahkamah membatalkan kemenangan kerusi Pas

Mahkamah Pilihan Raya hari ini membatalkan kemenangan kerusi Pas Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman.

Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis yang membenarkan petisyen pilihan raya oleh calon BN Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Peguam Che Alias, Yusfarizal Yussof mengesahkan bahawa mahkamah pilihan raya membenarkan petisyen Wan Mohamad Hisham.

Hakim Pilihan Raya Anselm Charles Fernandis setelah mendapati wujud unsur sogokan kepada pengundi ketika tempoh kempen pilihan raya bagi Parlimen tersebut.

Pempetisyen yang juga pengundi iaitu Wan Mohamad Hisham berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.

Mahkamah turut memerintahkan pihak responden membayar RM30,000 kepada pempestiyen.

Sementara itu, peguam petisyen, Hafarizam ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu berkata, pembatalan Che Alias sebagai Ahli Parlimen Kemaman atas dua faktor disebabkan unsur sogokan wang dan meraih undi.

Sebelum ini pada 13 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen itu apabila membenarkan bantahan awal oleh Che Alias berhubung petisyen yang dikatakan mengandungi fakta cacat dan tidak sah bagi menyokong dakwaan rasuah semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun pada 2 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Wan Mohamad Hisham untuk mengembalikan semula petisyen berkenaan menjalani perbicaraan penuh.

Baca juga: Ramai terkejut tahu latar belakang isteri baru Noh Hujan, “kalah Mizz Nina..”