PRN Melaka : Takut kalah, Rauf pilih tempat paling selamat untuk menang

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh bakal bertanding di kerusi paling selamat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.

Menurut laporan Malaysiakini, BN akan mempertaruhkan kerusi DUN Tanjung Bidara yang merupakan kawasan yang dianggap paling selamat untuk parti berkenaan di Melaka untuk Rauf bertanding.

Untuk rekod pada PRU 2018, Rauf pada ketika itu tidak bertanding dan BN gagal mendapat mandat untuk kembali menjadi kerajaan negeri. Selepas beberapa Adun PH berpaling tadah untuk menjatuhkan gabungan berkenaan, BN membentuk kerajaan negeri yang baru.

Pada PRU ke-14 lalu Umno memenangi kerusi berkenaan melalui Md Rawi Mahmud yang memperoleh 58.15 peratus daripada keseluruhan undi yang ada. Ia berlaku ketika sentimen pengundi pada 2018 lebih cenderung kepada Pakatan Harapan (PH).

Ia merupakan margin kemenangan terbesar buat BN Melaka.

Perkembangan politik Melaka juga menyaksikan Ab Rauf memainkan peranan yang penting, termasuk mengumumkan pembubaran DUN selapas Idris bersama tiga Adun lain menarik semula sokongan mereka kepada Sulaiman.

Ia berlaku ketika nasihat kepada Yang Dipertua Negeri Mohd Ali Rustam untuk membubarkan DUN Melaka dibuat oleh Sulaiman selaku ketua menteri.

sumber : IR