Jika difikirkan segala logik memang mustahil untuk sebuah kereta terapung di atas air tetapi, baru-baru ini telah viral satu perkongsian video pendek yang memaparkan sebuah kereta Proton Saga bergerak terapung di atas air.
Dari kejauhan memang nampak kereta itu bergerak sendiri di atas air tetapi, sebenarnya kereta tersebut ditarik oleh Orang Asli di Gerik dengan menggunakan bot kecil. Orang Asli tersebut dikatakan cuba membawa kereta tersebut ke suatu tempat menggunakan jalan air.
Video itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang kagum dengan Orang Asli tersebut yang disifatkan sangat kreatif.
Kreatif kan orang yang ada idea untuk bagi kereta ni terapung. Mudah-mudahan selamat lah sampai ke destinasi. Jangan risau, kita buat dia, bukan dia buat kita. Memang terbaik lah teknologi mudah macam ni. Senang nak bawak kereta rentas tasik.
Logik juga macam ni. Tapi kita boleh agak je lah. Yang betul-betul buat tu yang tahu. Dia punya skill memang hebat lah, siap boleh apungkan kereta atas tasik. Memang terbaik!