Dr Puad Zarkashi menyifatkan komen Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor terhadap PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim satu perbuatan yang perlu meminta ampun daripada Allah SWT.
“Astaghfirullah. Itu kata hati nurani saya bila mendengar komen Sanusi mengenai ucapan Anwar Ibrahim di UNGA ke-78 di New York,” kata Puad.
Beliau yang hadir mendengar ucapan Anwar di dalam Dewan Persidangan Utama PBB bersama Datuk Nazri Aziz dan Datuk Sharkar bahawa PMX diberi sembilan kali tepukan gemuruh dalam ucapan selama 15 minit itu
“Saya hadir di UNGA tersebut. Saya saksi hidup. Saya di dalam Dewan Persidangan Utama PBB. Saya duduk di kerusi VIP bersama Datuk Nazri Aziz dan Datuk Sharkar.
“Bahkan saya hadir tiga hari berturut turut (selasa-khamis) mendengar ucapan ketua ketua negara lain sebelum PMX berucap pada hari Jumaat.
“PMX diberi sembilan kali tepukan gemuruh dalam ucapan 15 minit itu,” katanya.
Mukadimah sahaja mendapat tepukan gemuruh apabila PMX sentuh perang Russia-Ukraine yang memberi kesan buruk kepada global.
Ketika Presiden Iran berucap, dia mengangkat Al Quran tetapi tidak ada siapa yang tepuk tangan begitu juga ucapan Presiden Amerika juga tiada sambutan dari perwakilan.
Perdana Menteri New Zealand beritahu Presiden Amerika yang dia akan berucap selepas Anwar, dia rasa lega kerana orang ketiga berucap selepas Anwar. Dia rasa tenggelam jika berucap lepas Anwar.
Dalam 15 minit itu PMX sentuh isu perang Russia-Ukraine, Palestin, Myanmar, Islamfobia, ‘low carbon and renewal energy roadmap’ oleh Malaysia dan rasisme bentuk baru.
Ternyata sama sekali apa yang diucapan oleh Sanusi merupakan kaki fitnah apatah lagi guna gambar-gambar tanpa usul periksa.
“Saya rakam banyak foto yang saya lampirkan,” katanya.
Sanusi Menteri Besar Kedah, oleh kerana Puad saksi hidup maka dia wajar digelar “Pemimpin pembohong” nombor satu Malaysia.
Anwar akan mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-78 yang bermula hari ini hingga 26 Sept ini.
Pada penampilan pertama beliau di perhimpunan tahunan pemimpin dunia itu, Anwar akan berkongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim dan tindakan yang diambil bagi mencapai Agenda 2030.
Perbahasan Umum yang bermula hari ini hingga 26 Sept akan menyaksikan pemimpin negara dan kerajaan dari 157 negara serta 35 menteri menyampaikan Kenyataan Negara mereka di ibu pejabat PBB.
Tema Perbahasan Umum tahun ini ialah “Rebuilding trust and reigniting global solidarity: Accelerating action on the 2030 Agenda and its Sustainable Development Goals (SDG) towards peace, prosperity, progress and sustainability for all.”