Puasa sunat Arafah di Malaysia, jatuh pada Ahad

Puasa sunat hari Arafah jatuh pada Ahad, 16 Jun bersamaan 9 Zulhijjah 1445 Hijrah dimana ia diputuskan oleh Jabatan Falak dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) melalui kaedah rukyah dan hisab.

Penentuan tarikh ini berbeza mengikut matla’ iaitu permulaan terbit anak bulan dari negara masing-masing kata Prof Datuk Dr Asmadi Mohd Naim.

“Bagi Malaysia, kita menetapkan (9 Zulhijjah) berdasarkan kaedah rukyah dan hisab. Ini bermakna puasa sunat Arafah pada Ahad ini.

“Aidiladha yang diputuskan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 17 Jun 2024 (Isnin).

“Umat Islam yang tidak mengerjakan haji digalakkan berpuasa pada Hari Arafah kerana banyak kelebihannya,” katanya.

Mufti Pahang itu menjawab pertanyaan sesetengah rakyat yang mendakwa keliru mahu berpuasa mengikut ketetapan Arab Saudi atau ketetapan negara ini.

Beliau turut menggalakkan umat islam negara ini untuk memperbanyakkan doa dan ibadat ketika Hari Arafah.

“Kita memang sentiasa digalakkan berdoa pada bila-bila masa. Namun, berdoa pada waktu makbul doa adalah satu kelebihan.

“Justeru, umat Islam di negara ini (jangan keliru), kita berdoa waktu mustajab hari Arafah berdasarkan (ketetapan) di Malaysia,” katanya.

Baca juga: Disangka ada kaitan dengan kes Zayn Rayyan, lelaki berkopiah ini tampil bersuara