Heboh di media sosial tangkap layar melibatkan perbualan dua petugas Pas Hulu Selangor berkaitan calon Perikatan Nasional (PN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB).
Salah seorangnya menganggap Khairul Azhari Saut sebagai biawak hidup lantaran enggan berdepan dengan media walaupun jentera pilihan raya Pas telah mengemukakan pelbagai cadangan kepada calon.
“Terus terang saya cakap haji. Bersatu nak harap jentera kita saja bantu naikkan imej calon pun susah. Dah jadi macam biawak hidup. Maaf cakaplah haji.
“Kalau tak betul semua tu, buatlah siding media jelaskan apa yang tak betul. Ini nak harapkan kita je. Letih macam ni,” komen salah seorang petugas Pas terbabit.
Pendapat petugas Pas berkenaan turut diakui oleh ‘haji’ tersebut.
“Ana (Saya) faham. Ada juga orang kita cakap benda yang sama. Imej calon jadi tak berapa cantik lepas isu-isu dia keluar media,” jawabnya.
Untuk rekod, Khairul Azhari memang mengelak untuk memberi respon kepada media yang ‘mengejarnya’ dengan alasan perlu bergerak segera ke lokasi lain.
Dia yang juga pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor dilihat berkeras untuk tidak menjelaskan isu hutang yang dikaitkan dengan dirinya.
Terdahulu, heboh di media sosial tentang persoalan bagaimana Khairul Azhari memiliki hutang bernilai RM37,363 dengan syarikat kredit komuniti.
Kredibiliti calon PN dari Bersatu itu juga dipertikai untuk dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kuala Kubu Bharu, sedangkan gagal membayar hutang.
Malah, awal-awal lagi latar belakang Pendidikan calon PN itu diragui kesahihannya apabila memaklumkan memiliki Master Eksekutif Pengurusan Perniagaan tanpa melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
BACA JUGA Untunglah kampung yang ada pegawai kanan kerajaan selepas ni, PM pun dah arahkan