Pulang dari bercuti, wanita terkejut jumpa 18 kala jengking dalam bagasi

Sebaik sahaja pulang dari bercuti seorang wanita terkejut apabila mendapati 18 kala jengking di dalam beg pakaiannya ketika berkemas.

Kemuculan kala jengking di dalam bagasi wanita terbabit didakwa perbuatan seorang penumpang buta ketika perjalanan ke Croatia.

India Times melaporkan wanita dari Natternbach itu menemukan haiwan berkenaan ketika membuka beg pakaiannya kerana mahu mengemas barangannya.

Wanita itu dilaporkan menemukan 18 kala jengking di dalam beg pakaian itu termasuk ibu dan anak haiwan berkenaan.

Kisah itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook (Fb) Tierhilfe Gusental, sebuah perkhidmatan menyelamat haiwan.

“Kami dihubungi seorang wanita dari Natternbach yang ada penumpang buta meletakkan haiwan berbisa itu dalam bagasi mereka ketika perjalanan ke Croatia.

“Ia adalah kala jengking. Haiwan itu sudah diserahkan kepada kami dan kini berada di tempat perlindungan haiwan Linz sehingga mereka memulakan perjalanan pulang,” tambah organisasi itu.

Baca juga:

Isteri sanggup upah perempuan simpanan RM1,855 sebulan untuk suami

Baca juga:

Jambatan usang, Adun AMANAH Pengkalan Kundor segera turun padang baiki jambatan