Semalam dunia badminton dikejutkan dengan insiden kematian emain badminton remaja China, Zhang Zhi Jie yang disahkan meninggal dunia semasa perlawanan.
Hari ini selepas bedah siasat dibuat, pemain dari China itu telah disahkan meninggal dunia akibabat akibat serangan jantung ketika perlawanan di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Insiden mengejutkan itu berlaku ketika pertemuan antara China menentang Jepun dalam aksi Kumpulan D di GOR Among Raga.
Zhi Jie yang berusia 17 tahun sedang berdepan Kazuma Kawano, rebah dalam keadaan tertiarap dalam perlawanan yang berlangsung petang kelmarin.
“Laporan perubatan menunjukkan mangsa mengalami serangan jantung,” kata jurucakap Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Broto Happy ketika sidang media di Yogyakarta.
Jurucakap itu turut mempertahankan tindakan pasukan perubatan dan penganjur selepas rakaman video menunjukkan mereka teragak-agak untuk memberikan bantuan kecemasan sejurus pemain itu rebah di dalam gelanggang.
Pasukan perubatan kejohanan kemudiannya memberikan bantuan kecemasan sebelum pemain itu dikejarkan ke hospital.
Bagaimanapun, Zhi Jie disahkan meninggal dunia pada jam 11.20 malam kelmarin waktu tempatan.
Katanya, pasukan perubatan perlu menunggu kebenaran daripada pengadil sebelum boleh memasuki gelanggang.
Zhi Jie mula bermain badminton sejak tadika dan menyertai skuad remaja China, tahun lalu.
baca; Ini antara sebab kenapa PMX masih benarkan Blackrock beroperasi di Malaysia, tak sangka..