Punca utama Kim Pan Gon letak jawatan akhirnya terdedah

Semalam ramai peminat boal sepak Malaysia tertanya-tanya sebab Kim Pan Gon tiba-tiba sahaja meletakkan jawatannya sebagai pengurus pasukan Harimau Malaya.

Semalam dalam sidang medianya, KPG ada mendedahkan satu rahsia yang ada menerima tawaran lumayan daripada China yang mahukan khidmatnya membimbing pasukan kebangsaan negara itu.

Menurutnya, tawaran tersebut diterimanya pada Disember tahun lalu, namun beliau terpaksa menolaknya kerana mahu kekal bersama Harimau Malaya bagi mengharungi aksi pusingan akhir Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar pada Januari lalu.

“Saya boleh kongsikan kepada anda bahawa saya ada menerima tawaran lumayan daripada China pada Disember lepas.

“Namun, saya telah tolak keputusan tersebut kerana mahu bersama Harimau Malaya pada kempen Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Pan-gon menafikan dakwaan bahawa dia sudah menerima tawaran untuk membimbing pasukan di negara kelahirannya dalam masa terdekat.

“Saya tidak tahu mengenai khabar tersebut (dapat tawaran daripada Korea Selatan),” jelasnya.

Selain daripada jawatan pengendali Korea Selatan menggantikan Jurgen Klinsmann yang dipecat pada 16 Februari lalu ekoran prestasi hambar Taeguk Warriors pada Piala Asia sebaik kempen tersebut berakhir, Pan-gon turut dikaitkan dengan jawatan jurulatih sebuah kelab dari Korea Selatan.

Kelab yang dimaksudkan tersebut adalah Ulsan Hyundai yang kini sedang menduduki tangga kedua Liga 1 Korea Selatan setelah mengumpul 42 mata daripada 23 perlawanan setakat ini.

Sebagai rekod, Pan-gon telah membimbing Harimau Malaya sejak tahun 2022 dengan menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh pengendali tempatan, Tan Cheng Hoe

Baca: Bukan hanya Farah Kartini, ini antara mangsa hilang dan bunuh yang gemparkan Malaysia