Sebuah video yang menunjukkan rombongan pengantin sedang berarak dalam majlis perkahwinan telah menarik perhatian pengguna media sosial.
Mereka hairan kerana terdapat tiga pengantin perempuan, seperti yang dilaporkan oleh laman berita Merdeka kelmarin.
Majlis tersebut berlangsung di Cigondewah, Bandung.
Ia menunjukkan rombongan pengantin yang sedang berarak sambil membawa pelbagai barang hantaran.
Namun, yang menarik perhatian adalah kehadiran tiga wanita yang mengenakan busana pengantin lengkap dengan tiara.
Senario itu membuatkan netizen tertanya-tanya siapa pengantin yang sebenar.
Untuk menjawab pertanyaan tersebut, pengantin sebenar yang dikenali sebagai Salsabila menjelaskan bahawa dua wanita yang mengenakan busana berwarna kelabu adalah ibu mertua dan kakak iparnya.
Salsabila juga memuat naik gambar keluarganya yang menunjukkan dia mengenakan busana pengantin mengikut adat Sunda.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.
“Ibu mentua tidak mahu kalah dengan pengantin,” kata seorang netizen.
“Keliru yang mana satu pengantin,” ujar pengguna lain.
Baca juga: Tak tahan perlu jaga ‘bayi’ dewasa, wanita ini menang saman halau dua anak keluar rumah