‘Pura-pura bahagia’, netizen meluat dengar Ira Kazar jawab ‘call’ dari Syamsul Yusoff

Ramai yang merasakan Ira Kazar sengaja menjawab panggilan dari suaminya itu dengan nada manja. Malah bukan itu sahaja dia juga menjerit-jerit agar semua orang boleh lihat kebahagiaannya.

Kerana itu, tidak kurang juga ada yang ada mengatakan Ira sebenarnya ‘pura-pura bahagia’.

Malah, ada juga yang berpendapat Ira sengaja ‘berlakon’ mendapat panggilan telefon dari Syamsul hanya kerana ingin menutup spekulasi mendakwa rumah tangganya berantakan.

“Sorry, sorry. Laki kita call, bye bye! Yang, ayang!” Jawabnya dengan nada manja.

Ruangan komen video berkenaan dipenuhi dengan komen netizen yang memberikan kecaman terhadap Ira Kazar.

Terdahulu, kecoh mengenai desas-desus mengatakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof sudah pun menceraikan isterinya Ira.

Desas desus itu semakin kuat diperkatakan selepas Ira yang rajin memuat naik video masakan dilihat sudah lama tidak memuat naik hantaran video baharu di akaun TikTok miliknya.

Di dalam live kakanya, Ira secara tiba-tiba meminta diri kerana mahu menjawab panggilan yang didakwa diterima daripada suami tercinta, Syamsul.

Apa yang menghiburkan ialah Ira dilihat begitu manja menjawab panggilan tersebut dan memanggil suaminya itu dengan panggilan ‘ayang’.

Video tersebut tentunya mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya meluat dengan gaya yang ditunjukkan anak kepada pelakon, Kazar Saisi itu.

Tntuk rekod, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga mereka di Thailand pada 5 Januari lalu.

Baca juga: ‘Badan dah le chubby, dah macam mak anak 5’-Leona tak kisah apa orang nak cakap