Seorang putera raja Arab ditemui mati selepas satu parti dadah dan seks di apartmen mewah milikya di sini, menurut satu inkues.
Sheikh Khalid bin Sultan Al Qasimi, 39, anak pemerintah Sharjah di Emiriyah Arab Bersatu berparti dengan seorang lelaki bernama Yohan Escobar di rumah mewahnya di Knightsbridge, lapor The Sun.
Sheikh Khalid bin Sultan AL Qasimi ditemui mati di apartmen miliknya di Knightsbridge, London.
Beliau pada mulanya menyangka Khalid tidur, tetapi terperanjat selepas menyentuh lehernya dan mendapati ia sangat sejuk.
Inkues diberitahu, pencuci itu menjerit meminta tolong menelefon 911. “Dia mati, dia mati,” tetapi pegawai paramedik tidak dapat menyelamatkannya dan beliau diisytiharkan mati di tempat kejadian.
Ujian toksikologi mendapati paras GHB yang tinggi dalam tubuh Khalid, selain kesan penggunaan kokain.
Bedah siasat mencatatkan sebab kematian sebagai keracunan dadah, inkues diberitahu.
Pegawai penyiasat Andrian De Villiers memberitahu inkues bahawa Khalid berparti dengan Escobar pada malam sebelum kematian beliau.
Escobar yang tidak merupakan orang disyaki ke atas kematiannya menyangka Khalid tidur sewaktu meninggalkan apartmen itu kerana terdengar pereka fesyen itu berdengkur.
Andrian berkata,”tidak terdapat tanda mana-mana orang memberi atau mendorong Khalid mengambil dadah tersebut”.
Satu kenyataan yang dibacakan di mahkamah mendedahkan minat Khalid untuk “mencipta” berkembang apabila beliau berpindah dari Sharjah ke England pada usia 9 Tahun.
Ia berkata, Khalid “sangat berminat dengan kerja sosial, terutamanya yang berkait dengan pelarian. Beliau percaya isu ini akan mendapat manfaat daripada platform yang disediakannya.
Bapa Khalid, Sheikh Dr Sultan Muhammad Al Qasimi memerintah Sharjah sejak 1972.
Putera sulungnya daripada perkahwinan pertama, Sheikh Mohammed bin Sultan bin Mohammed Al-Qasimi, mati kerana pengambilan dadah berlebihan sewaktu berumur 24 tahun pada 1999 di rumah keluarganya di Sussex.
sumber : Mhdaily