Puteri Sarah saman netizen, dituduh tidak bercerai hanya sebab suami kaya. Pastinya sebagai wanita akan merasa sedih apabila perkahwinan retak akibat orang ketiga, namun netizen ini dilihat menyokong perbuatan menyondol suami orang dan menyalahkan Sarah kerana tidak bercerai dengan suaminya.
Pelakon Puteri Sarah mengambil pendekatan tegas menghantar notis saman fitnah terhadap seorang netizen. Tindakan tersebut dilakukan pelakon berusia 37 tahun itu selepas kerap menerima mesej berbentuk spekulasi dan fitnah daripada individu terbabit.
Puteri Sarah menerusi hantaran dalam Instagramnya berkongsi gambar notis saman fitnah yang dihantar kepada individu itu menerusi peguam yang dilantik, Natasha Basheer and Associates lapor Kosmo.
Simpan pendapat untuk diri sendiri, bimbang jatuh fitnah
“Pengajaran kepada orang luar, jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan apa yang kalian lihat dan dengar tanpa bukti kukuh.
“Jangan buat fitnah pasal saya dan saya harap sila jaga kata-kata dan keluarga sendiri,” tulisnya.
Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berpesan kepada seluruh netizen agar menyimpan sendiri tanggapan peribadi seandainya mereka ada sebarang pendapat terhadap orang lain.
“Jika awak ada pendapat sendiri tanpa mengira baik atau buruk, simpan sahaja untuk diri sendiri atau ceritalah dengan orang sekeliling awak sahaja. Terima kasih,” katanya lagi.
Dalam perkongsian tersebut, Puteri Sarah turut memuat naik beberapa komen ditulis individu itu bagi merujuk kepada beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan susulan konflik rumah tangganya sebelum ini.
“Isteri dia takkan lepaskan sebab suami dia ‘masyuk’ (kaya). Jadi apa-apa, penyondol lah yang dipersalahkan walaupun dia tahu suami dia yang menyondol,” tulis komen tersebut.
“Ini semua sebab suami dia kaya je. Sebab itu mati-mati pertahankan rumah tangga dia walaupun suami curang. Nak pusing cerita,” tulis komen lain.
Baca Juga: Jaga aib suami 4 tahun, Puteri Sarah mahu pertahankan haknya sebagai isteri
Baca Juga: Perdana menteri diberi RM100, dijemput turun berbelanja sendiri dengan rakyat