Qatar larang seks tanpa ikatan sah kepada pemain dan penyokong Piala Dunia 2022

Qatar larang seks tanpa ikatan sah kepada pemain dan penyokong Piala Dunia 2022, mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun. Ini mungkin kali pertama dalam sejarah Piala Dunia di mana negara melarang seks bebas.

Minuman beralkohol di tempat awam, berparti dan majlis sosial lain turut tidak dibenarkan sepanjang kejohanan di negara Teluk itu.

Menurut Daily Star, Qatar bakal menguatkuasakan larangan ketat terbabit yang tidak terkecuali ke atas penyokong asing yang datang menyaksikan kemeriahan Piala Dunia.

Lakukan seks hanya jika anda pasangan suami isteri

“Seks bebas tidak dibenarkan di kejohanan itu kecuali jika anda pasangan suami isteri dan berparti turut dilarang. Semua orang perlu mematuhi arahan jika tidak mahu dipenjara tujuh tahun.

“Ya, larangan seks ditetapkan buat kali pertama di Piala Dunia. Penyokong perlu bersiap sedia ,” menurut sumber polis.

Sementara itu, Amir Qatar, Sheikh Tamim Bin Hamad Al-Thani dalam kenyataan menjelang kejohanan itu berkata:

“Kami tidak melarang sesiapa sahaja ke Doha tanpa mengira latar belakang anda dan kepercayaan berbeza. Qatar negara yang menghargai kedatangan pelancong.

“Jutaan pelancong datang ke Qatar dan Piala Dunia adalah peluang terbaik untuk masyarakat dari seluruh dunia menerokai budaya kami.”

Baca Juga: Wanita tekad kahwini patung buatan sendiri selepas lama membujang, kini sambut kelahiran anak

Baca Juga: Amah teruk kena dera dan mati, wakil rakyat ini ingatkan jangan pernah lupa kisah Adelina Lisao