Seorang pengemis buta di Guwahati, Assam, telah menarik perhatian pengguna media sosial kerana cara mereka meminta sedekah yang unik, melaporkan portal berita Hindustan Times semalam.
Dalam video yang viral di platform X, seorang pengemis yang dikenali sebagai Dashrath menerima sedekah melalui pembayaran secara digital iaitu QR Code.
Dashrath ketika itu dilihat memakai rantai yang mengandungi Kod QR sebelum menghampiri dua orang di dalam kereta. Salah seorang daripada mereka mengimbas kod QR tersebut dan memberi sumbangan sebanyak 10 rupee (RM0.57).
Dia kemudiannya mendekatkan telefon bimbit ke telinganya untuk mendengar bunyi notifikasi yang menandakan wang tersebut telah dikreditkan ke akaun miliknya.
Situasi tersebut dikatakan bukan yang pertama kali terjadi di India.