Ramai yang mempersoalkan isu kerajaan memberi subsidi kepada hanya yang berkelayakan malahan terus menerus bertanyakan mengapa harga diesel yang semakin memuncak.
Tampil bagi menjawab persoalan, individu ini memperjelaskan persoalan yang dikemukakan oleh netizen di laman sosial Facebook.
Menurutnya, isu subsidi bagi kenderaan yang menggunakan diesel hanyalah untuk kegunaan persendirian.
Namun jika menggunakan kenderaan yang didaftarkan dibawah syarikat, ia masih boleh menikmati subsidi namun haruslah didaftarkan untuk mendapatkan ‘fleet card’.
“Kenderaan syarikat ni, kau daftar ler dapatkan Fleet Card. Bila ada kad ni, kau boleh je refuel kenderaan tu dengan harga subsidi macam sebelum ni.”
“Yang RM200 kau baca tu, itu untuk <M40 yang ada kenderaan diesel peribadi. Personal use. Faham enggak?”
Menurutnya juga, isu ini tidaklah penting kecuali usahawan menggunakan kenderaan persendirian untuk melakukan kerja-kerja komersil malahan subsidi ini menyasarkan usahawan golongan M40-B40.
Baca juga: Polis kawal ketat lokasi ‘lakonan semula’, kelibat bapa Zayn Rayyan tidak kelihatan undang persoalan