Rahsia orang dulu terbongkar! Minuman herba ini mampu buat badan sihat, tenaga pun makin kuat

Ramai orang yang kerap diserang pelbagai sakit ketika muda lebih-lebih lagi demam urat.

Namun tahukah anda, ada minuman yang sering diminum oleh orang zaman dahulu. Sebab itu badan mereka kuat dan sihat, kalah orang muda pada zaman kini.

Resipi minuman yang dikongsikan seorang doktor perubatan bernama Rizal Abu Bakar di Facebook ini cukup mudah untuk dibuat sendiri di rumah.

Jom kita lihat bahan-bahannya:

1) Serai

2) Halia

3) Daun pandan (untuk wangi)

4) Madu asli

Cara-caranya:

Pertama sekali, ketuk lembut dua batang serai kemudian ambil halia dan potong halus-halus.

Daun pandan pula hendaklah diikat bersama antara satu sama lain.

Setelah itu, rebuskan semua bahan ini di dalam periuk yang mencukupi untuk anda minum bersama keluarga.

Setelah proses merebus selesai, biarkan campuran tersebut sejuk sedikit sebelum memasukkan madu.

Resepi teh ini cukup untuk seorang minum, tetapi jika ingin disediakan untuk lebih ramai orang, anda boleh menambahkan bahan-bahan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

Teh ini sangat sedap dinikmati jika mempunyai daun pandan yang banyak. Tambahkan sahaja jumlahnya jika anda mahu.

Jangan lupa cuba ya!

Baca juga: Netizen puas hati pembunuh Zulfarhan ke tali gantung, ‘throwback’ video lama mereka tersenyum