Seorang wanita yang menggunakan nama Miza Ozawa mengaku bersalah atas pertuduhan mencari langganan persundalan menerusi akaun Telegram.
Dia yang turut menjual sejenis ubat kuat akan dituduh pada 24 Jun ini untuk fakta kes serta jatuh hukum di hadapan hakim Mahkamah Seksyen.
Mengikut pertuduhan, Miza mencari pelanggan di sebuah unit kondominium di Bandar Bukit Mahkota, Kajang pada 4 petang, 6 Jun lalu.
Wanita itu turut meminta hukuman diringankan kerana positif HIV serta sedang hamil enam bulan.
Dalam prosiding sama, Siti Amiza dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu memiliki bahan lucah dan ubat terlarang tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Dia turut memiliki ubat kuat yang tidak mempunyai kelulusan KKM iaitu dua kotak Secret Negro dan dua kotak Dara jelita yang didakwa melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) Akta Jualan Dadah 1952.
Baca juga: Ramai pertikai ‘fatwa’ Ustaz Don Daniyal kata boleh puasa di hari tasyrik