Dalam pembukaan lembaran baharu KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan semalam tarikh 31 Januari.
Tarikh ini juga merupakan satu tarikh yang membawa kenangan sedih bagi KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
31 Januari 1984 adalah tarikh kemangkatan Almarhum Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah II, 40 tahun lalu.
“Ketika kemangkatan Almarhum, saya mengandung empat bulan anak pertama saya iaitu Tunku (Mahkota) Ismail dan waktu itu terasa sangat sukar bagi saya.
“Saya sedih Ayahanda saya tidak sempat berjumpa dengan anak sulung saya,” titah Seri Paduka Baginda.
Di kala KDYMM Seri Paduka Baginda berdua memulakan tanggungjawab baharu kepada negara, tidak dilupakan kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Shah II.
Al-Fatihah
Baca juga: Tak sangka teman sepermainan sejak kecil, rupanya wanita Melayu, India ini adik beradik kandung