Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah tak boleh lupa tarikh 31 Januari

Dalam pembukaan lembaran baharu KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan semalam tarikh 31 Januari.

Tarikh ini juga merupakan satu tarikh yang membawa kenangan sedih bagi KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Gambar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama Almarhum Sultan Idris Shah II semasa menerima ijazah pada majlis graduasi di Universiti Oxford. Ia merupakan kali terakhir Seri Paduka Baginda bertemu Almarhum Ayahanda Baginda.

31 Januari 1984 adalah tarikh kemangkatan Almarhum Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah II, 40 tahun lalu.

“Ketika kemangkatan Almarhum, saya mengandung empat bulan anak pertama saya iaitu Tunku (Mahkota) Ismail dan waktu itu terasa sangat sukar bagi saya.

Gambar rasmi ketika berkabung. Mengikut tradisi Diraja, Seri Paduka Baginda berkabung dan memakai putih selama 100 hari.

“Saya sedih Ayahanda saya tidak sempat berjumpa dengan anak sulung saya,” titah Seri Paduka Baginda.

Di kala KDYMM Seri Paduka Baginda berdua memulakan tanggungjawab baharu kepada negara, tidak dilupakan kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Shah II.

Gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah pada satu majlis di Johor Bahru dan memakai putih kerana masih berkabung.

Al-Fatihah

Baca juga: Tak sangka teman sepermainan sejak kecil, rupanya wanita Melayu, India ini adik beradik kandung